Kepimpinan Melalui Teladan

E-mail Print PDF

Kepimpinan Melalui Teladan

Salah satu amalan terbaik dalam mendidik anak anak ialah untuk memimpin mereka menerusi teladan dan penglibatan mereka bersama dengan ibubapa. Teladan adalah sangat penting bagi semua pemimpin, samada pemimpin negara atau pemimpin keluarga kerana ini menjadi ikutan kepada anak anak dan lain lain ahli keluarga ataupun rakyat jelata bagi mengikuti pemimpin negara. Oleh itu salah satu ciri terpenting bagi pemimpin ialah akhlak yang baik, peribadi yang baik, kelakuan yang baik, percakapan atau pertuturan yang lunak dan juga mempunyai prinsip atau etika dalam kehidupan serta mempunyai sifat sifat kasih sayang dan juga seorang yang pemaaf.

Contoh baik

Anak anak kita biasa melihat atau mengikut jejak langkah ibubapa mereka dalam banyak perkara samada cara mereka berkelakuan ataupun percakapan mereka, budi bahasa mereka dan juga dari segi amalan dan budaya mereka. Kalau ibubapa tidak sembahyang misalnya tentulah sukar untuk kita hendak mengajar atau menyuruh anak anak kita bersembahyang. Jika ibubapa misalnya seorang pemabuk atau suka main judi, macam mana kita hendak mencegah anak anak kita daripada kemungkaran tersebut. Seorang bapa yang tidak berpuasa sukar untuk menyuruh anaknya berpuasa. Oleh itu sebagai seorang ibubapa, kita mesti lihat atau nilai diri sendiri samada kita kurang mencukupi sifat atau ciri-ciri akhlak yang baik. Cuba perbaikki diri sendiri dahulu sebelum kita dapat memupuk nilai nilai yang baik, akhlak yang baik dan tabiat yang baik terhadap anak anak. Saya dapati setakat menyuruh anak sahaja untuk membuat sesuatu, tidak mencukupi. Apa yang penting ialah untuk melibatkan mereka dalam apa sahaja aktiviti yang mana kita fikirkan sesuai untuk anak anak.

Last Updated ( Monday, 03 September 2007 12:46 )  

Login Ahli

Who's Online

We have 16 guests and 3 members online

Statistik

Total Members : 12014
Latest Member : whyda
Today : 8 Registers
This Week : 70 Registers
This Month : 44 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4709
mod_vvisit_counterYesterday5953
mod_vvisit_counterThis week34551
mod_vvisit_counterLast week45356
mod_vvisit_counterThis month16702
mod_vvisit_counterLast month158501
mod_vvisit_counterAll days7978602

Your IP: 38.107.191.100
 , 
Today: Sep 03, 2010

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
E-mail:
  • hamidarshat@hotmail.com