Pembedahan

E-mail Print PDF

RAWATAN YANG PERLU DIBUAT UNTUK MASALAH KESUBURAN

Kebiasaanya setelah pihak lelaki menjalani ujian air mani dan tidak mempunyai masalah serta si-isteri pula sudah menjalani ujian x-ray, maka pihak perempuan perlu memakan ubat kesuburan clomiphene untuk tiga kali pusingan haid, tanpa bantuan lain-lain lagi.

(Kalau pihak lelaki bermasalah kebanyakan mereka akan diberi ubat hormon androgen ataupun untuk kes lebih teruk mereka akan dirujuk kepada pakar urologi. Jika pihak isteri mempunyai masalah teruk dengan tiubsnya maka dia akan perlu menjalani pembedahan memperbaiki tiubs - salpingooophrectomy operation).

Dalam tempoh selepas ujian2 pertama ini pesakit perlu membuat percubaan secara semulajadi. Sekiranya gagal selepas tiga bulan cubaan hubungan seksual tanpa pertolongan prosedur klinik tetapi dengan ubat subur clomiphene (clomid)prosedur atau pembedahan-pembedahan lain akan dicadangkan berdasarkan pada pemerhatian atau rumusan yang diperolehi.. Di antaranya termasuk yang berikut:

Prosedur


1. I.U.I.

1. Satu jenis prosedur yang juga dikenali sebagai "Intra- uterine-insemmination" atau "I.U.I." yakni salah satu cara penghamilan secara saintifik. Prosedur ini memerlukan pihak lelaki mengeluarkan air maninya secara masturbasi yang kemudiannya akan disuntikkan ke dalam cervix wanita melalui lubang faraj dengan menggunakan alat penyuntik khas/ intra-uterine-cannula.

Cubaan untuk prosedur ini akan diulangkan sebanyak 4-5 kali untuk meningkatkan kebarangkalian berlakunya kehamilan dan selepas setiap cubaan pesakit berehat selama 3 bulan sebelum mencuba lagi sekali. Ini untuk memberi peluang untuk pesakit berehat.

2. Hydrotubation.
Rawatan ini ialah satu prosedur membuka serta mengembangkan saluran tiub fallopian. Rahim disuntik dengansatu larutan khas yang akan jadi tiub mengembang dan menyenangkan persenyawaan di dalam fallopian tiub. Pesakit akan diberi bius/anestetik dan berada dalam keadaan tidak sedar untuk prosedur ini. Kes ini untuk wanita yang keputusan X-raynya menunjukkan tiubnya tersumbat.Lelemak dan daging atau bentuknya tiub yang tidak betul sesuai dengan prosedur ini. Kadang-kadang ia dilakukan bersama "Dilate & Curetting" iaitu cervix dibuka dan kemudiannya uterus dicuci dengan alat-alat khas untuk membuang lapisan darah endometrium atau polyps. Sekiranya ketumbuhan ini/lapisan darah ini tidak dibuang dan dibiarkan lapisan boleh membiak dan memakan uters kesemuanya lantas merosakkan organ peranakkan.

3. D&C - Dilate & Currette

Prosedur untuk membersihkan rahim dari ketumbuhan atau lelemak yang boleh menyebabkan rahim tidak subur. Ketumbuhan akibat penebalan rahim seperti mild adenomyosis boleh dirawat dengan kaedah ini.Rahim akan dibersihkan apabila dikorek dengan alat khas.

Jenis-jenis pembedahan.
Untuk kes wanita yang makin berumur (30-an ke atas) doktor akan menyarankan melakukan pembedahan kerana dengan melambatkan pelan tindakan ia boleh menyebabkan wanita langsung tidak berpeluang untuk hamil ataupun kehamilan di usia lanjut mendedahkan diri pada bahaya berkekalan yakni membuang terus rahim dengan pembedahan hysterectomy..

1.Laparoscopy & Dye
.
Pembedahan ini bertujuan untuk melihat dengan terang ke dalam organ peranakan yakni rahim dan memastikan tiub fallopian itu berfungsi dengan baik. Beberapa tebukan dibuat di atas perut dan satu teropong "endoscopy" dilalukan pada tebukan di atas perut setelah satu cecair biru dimasukkan ke dalam uterus dari bahagian faraj . Dye yang disuntik ini membolehkan doktor melihat dengan jelas kerosakan- kerosakan yang ada. Kalau rosak pembedahan Mini-Laparotomy perlu dilakukan untuk membetulkan kerosakan. Ini bermaksud satu irisan kecil sebesar 4 inci dibuat di bahagian bawah perut dan rahim dibuka dan dibedah.

2.Mini-Laparotomy.
Pembedahan ini biasa dilakukan bersama Laparoscopy ataupun secara sendirian. Satu hirisan dibuat di atas perut dan seterusnya boleh melakukan yang berikut:-

3.Tubal repair.
Kalau tiub rosak ia akan diperbaiki.Darah dicuci, sawang-sawang dibuang dan lain-lain.

4.Tubal ligation.
Mengikat tiub fallopian untuk merancang keluarga.

5.Ventro-suspension
Untuk wanita yang rahimnya berkedudukan tidak betul rahim diletakkan kembali ke kedudukannya yang normal yakni sujud ke depan.
(lagi tentang ventro-suspension di bawah)

6.Cautery of Endometriosis.
Segala lapisan darah lama dan kotor / endometrium yang tumbuh di bahagian organ peranakan di tembak dengan sinar laser untuk menghapuskannya sewaktu pembedahan. Endometrium ialah lapisan darah yang sepatutnya gugur sewaktu haid tetapi sebaliknya tinggal di dalam organ peranakan dan menjadi semakin beracun dan memakan organ peranakan wanita.

7.Ovarian Drilling.
Darah yang bertakung / Endometriosis di bahagian ovari dipanggil "ovarian cysts". Ovari-ovari yang bengkak dan susah menetas dipanggil Sindrom Polycystic Ovari. Keadaan ia menjadi tenat bila ada endometriosis di bahagian ini. Bila Ovari bermasalah satu kaedah dipanggil "ovarian drilling" dilakukan untuk membuang darah-darah ini.

8.Oophrectomy.
Ini dilakukan bila kilang telur terlalu rosak dan terpaksa dibuang. Jika tidak darah akan merebak ke bahagian lain dan merosakkannya.

9.Myomectomy & cystectomy.
Di dalam rahim kadang-kadang terdapat dua jenis ketumbuhan.
i. Fibroids
ii. Cysts
Ketumbuhan ini tidak membahayakan nyawa tetapi menganggu kesuburan,menyakitkan serta menyebabkan pendarahan yang berlarutan.
Jadi ia akan dipotong serta dibuang keluar.

10.Hysterectomy.
Kalau organ peranakan wanita rosak disebabkan dimakan oleh endometriosis dan/atau cysts yang teruk dan banyak ; ditumbuhi fibroid yang besar atau menyebabkan kesakitan dan pendarahan yang teruk maka tiada pilihan lain kecuali rahim dipotong dan dibuang terus.

11.Fenton.
Ini dilakukan untuk wanita kerana sebab-sebab yang berikut.
i. Saluran dara yang tebal
ii. Hubungan seksual yang menyakitkan
iii.Wanita fobia/takut untuk bersama dengan suami


Jadi pembedahan ini dilakukan untuk memecahkan dara wanita. Kalau wanita fobia, beliau perlu mendapatkan kaunseling sebagai rawatan sampingan.

VENTRO-SUSPENSION dan RAHIM TERBALIK & KETIDAKSUBURAN.

Tahukah anda bahawa wanita kedudukan rahimnya lazimnya terletak mencondong sujud ke hadapan. Keadaan ini adalah normal. Tetapi 20% daripada kaum wanita kedudukan rahimnya tidak normal iaitu rahimnya condong ke belakang yakni rahimnya terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai “tipped uterus”, “retroverted uterus” atau “tilted uterus” dalam bahasa inggeris.

Tanda-tanda yang menunjukkan anda mempunyai rahim terbalik.

Kebiasaanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Sebagaimana sesetengah orang menulis dengan tangan kiri, begitu pula orang dengan rahim terletak ke belakang, posisinya sahaja berbeza.

Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda.

Gejala-gejala berikut boleh melanda wanita yang mempunyai rahim yang terbalik:

1.Sakit sewaktu bersama.
Sewaktu mengadakan hubungan seks, isteri mengalami kesakitan apabila zakar suaminya terkena bahagian pintu rahim ,“cervix” atau bahagian rahim, “uterus” lantaran kerana kedudukan rahimnya yang terbalik. Dalam terminologi medikal ia dikenali sebagai “collision dyspareunia”. Ia disebut sebagai “dis-pa-roon-ia”.

2. Rasa sakit semasa haid
Semasa kotor, mereka merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi medikal untuk keadaan ini pula ialah “dysmenorrhea” yang disebut “dis-men-or-ia”.

3. Sakit pinggang yang kronik.
Terdapat jutaan wanita yang mengidap sakit pinggang yang kronik. Kira-kira 10% wanita yang mengunjungi klinik pakar sakit puan mengadu sakit pinggang. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca dari sebab-sebab yang lain adalah sakit pinggang yang kronik datangnya daripada kedudukan pinggang terbalik.

Kebanyakan wanita sebegini dilahirkan semulajadi dalam keadaan begini. Tetapi adakalanya rahim menonggeng ke belakang disebabkan oleh sawang-sawang yang terbentuk akibat trauma atau pertumbuhan luar biasa di bahagian dalam organ-organ peranakan - “pelvic adhesions”; “endometriosis” atau trauma selepas bersalin.

Ramai wanita sebenarnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala rahim terbalik kerana ia boleh dialami tanpa apa-apa kesan tanda-tanda pada diri anda. Kalau keadaan ini berlaku cara yang terbaik adalah untuk membuat ujian “pelvic examination” ataupun membuat ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu melihat ke dalam uterus. Dengan itu kedudukannya boleh diketahui dengan jelas

Pembedahan “up-lift” / “ ventro-suspension”.

Prosedur “up-lift” atau ventro-suspension, adalah satu pembedahan mudah yang melibatkan pemendekkan serta pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya ia dikembalikan ke kedudukan yang betul.

Prosedur ini melibatkan teknologi “laparoskopi” yang mana hirisan yang kecil di perut disertai memasukkan teropong laparoskopi ke dalamnya. Ia merupakan surgeri ringkas sehari sahaja yang mana tanpa perlu bermalam di hospital.

Menurut penyelidikan, kaedah ini sangat berkesan untuk menghilangkan rasa sakit yang berpanjangan dari kembali lagi.

Kaedah rawatan lain untuk merawat rahim terbalik.
Sekiranya anda mengalami kesakitan disebabkan oleh rahim terbalik sewaktu haid ataupun sewaktu bersama selain dari pembedahan “uplift” ini terdapat juga cara-cara yang lain yang boleh dilaksanakan iaitu seperti berikut.

1. Ubat tahan sakit
Terdapat berbagai jenis ubat yang berjenama di pasaran dan boleh memberi kelegaan untuk sementara waktu untuk simtom ini.

2. Menukar posisi yang digunakan sewaktu mengadakan hubungan seks
Sekiranya suami-isteri mengubah posisi seks ini membolehkan uterus berubah posisinya, dengan itu boleh melegakan kesan rasa sakit sewaktu bersama.

3. Pessary
Satu alat yang kelihatan seperti sebentuk cincin pada bahagian luar alat pencegah hamil “diaphragm” diletakkan di dalam faraj. Tujuannya untuk mengubah posisi uterus dan menyokong ia ke kedudukan yang betul.
Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Alat ini perlu dimuatkan oleh seorang doktor dan ia perlu kerap dikeluarkan serta dibersihkan kerana jika tidak jangkitan kuman atau permasalahan lain boleh berlaku. Tetapi penggunaannya boleh mengganggu nikmat hubungan seks.

4. Hysterectomy
Cara ini perlu dilaksanakan jika kesakitan yang dialami adalah amat teruk dan tiada jalan lain. Ia merupakan satu jenis pembedahan buang rahim. Tetapi jikalau anda masih mempunyai keinginan untuk beranak lagi kaedah ini tidak sesuai dilakukan sama sekali.

Doktor anda akan membincangkan kaedah-kaedah yang boleh anda pilih sebelum anda terus membuat keputusan untuk memilih membuat apa-apa rawatan.

Kebaikan Pembedahan Uplift.
-Ia boleh menghapuskan terus rasa sakit pingggang yang kronik dari berulang lagi.

-Lagi satu kebaikan prosedur ini ialah ia dilakukan dengan hirisan yang kecil pada perut dengan alat dipanggil laparoskopi dan pesakit dianggap sebagai pesakit luar i.e. mereka tidak perlu bermalam di hospital. Ia cepat dan tidak merumitkan. Tempoh sembuh adalah singkat berbanding surgeri yang berat.

-Pembedahan ini berlainan pula dengan hysterectomy kerana ia masih boleh membenarkan pesakit mengandung walaupun setelah dibedah kerana ia tidak membuang organ peranakkan.

Apakah persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya membuat pembedahan ini.

Berikut adalah persediaan yang anda akan lalui jika membuat prosedur uplift secara umumnya . Rujuklah pakar anda untuk penerangan teliti.

Sebelum surgeri: Pada kebiasaanya doktor akan memberi penjelasan mengenai prosedur yang akan dilakukan, termasuklah peraturan pemakanan dan minuman, serta masa untuk hadir sebelum pembedahan. Ikutilah peraturan dengan betul.

Sewaktu surgeri: Surgeri ini biasa dilakukan macam pesakit luar pergi ke hospital, tak perlu bermalam. Akan tetapi ia memerlukan pesakit dikenakan bius.

Sewaktu surgeri pesakit akan dipotong dengan hirisan-hirisan kecil di bahagian perut, kemudian doktor akan memasukkan peralatan surgeri / laparoskopi untuk melihat bahagian dalam organ dan melakukan prosedur uplift itu.

Jahitan “suture” akan memegang rahim ke atas , sambil itu ligamen lain akan dipendekkan untuk meletakkan rahim di kedudukan yang betul.

Tempoh surgeri ini bergantung samaada ia dilakukan sendirian atau bersama pembedahan lain.

Selepas pembedahan hirisan akan dijahit balik dan ditutupi pelekat “adhesives” khusus untuknya. Selepas sedar dari bius pesakit akan dibenarkan pulang kalau tiada apa-apa masalah sampingan timbul serta mereka akan diberitahu tentang penjagaan rapi selepas pembedahan dan juga menangani kesakitan selepas pembedahan.

Selepas, pembedahan: Doktor anda akan memberitahu anda tentang peraturan yang mesti dilakukan untuk merawat luka selepas bersalin dan apa yang perlu diambil perhatian sekiranya berlakunya tanda-tanda membimbangkan. Selepas surgeri pesakit biasanya mengalami kesakitan akibat luka pembedahan jadi dalam kebanyakan kes, ubat tahan sakit diberi makan. Kalau kesakitannya tidak berkurangan suntikan bius akan diberikan pada luka pembedahan sewaktu lawatan susulan berjumpa doktor. Anda boleh kembali bekerja dan melibatkan diri dalam aktiviti harian selepas beberapa hari.Anda boleh mengadakan hubungan seks bersama suami selepas satu bulan.Sekiranya anda mempunyai persoalan anda perlu bertanya doktor anda dengan lebih lanjut. Pesakit biasanya akan disuruh berjumpa doktor 7-10 hari selepas pembedahan untuk rawatan susulan pembedahan.Risiko-risiko prosedur ini.

Terdapat risiko-risiko yang boleh timbul sewaktu menjalani pembedahan ini.
1. Kesan tindak-balas dengan ubat bius
2. Jangkitan kuman
3. Pendarahan
4. Kerosakan pada organ lain
Kebanyakan komplikasi yang timbul jarang-jarang berlaku.

Kebanyakan boleh diselesaikan sewaktu surgeri.
Sakit di kawasan pinggang bukan sesuatu yang normal dan anda perlu berjumpa dengan seorang doktor. Pastikan anda memberitahu doktor serta juru-rawat bahawa anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang.Lawatlah www.inletmedical.org untuk penjelasan lanjut.

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 08:07 )  

Iklan

mysetbersalin

Bellaposhbowtique.com

 Mangkuk Tingkat

Kedai Buku Online

Login Ahli

Who's Online

We have 29 guests and 2 members online

Statistik

Total Members : 12014
Latest Member : whyda
Today : 8 Registers
This Week : 70 Registers
This Month : 44 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4755
mod_vvisit_counterYesterday5953
mod_vvisit_counterThis week34597
mod_vvisit_counterLast week45356
mod_vvisit_counterThis month16748
mod_vvisit_counterLast month158501
mod_vvisit_counterAll days7978648

Your IP: 38.107.191.100
 , 
Today: Sep 03, 2010

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
E-mail:
  • hamidarshat@hotmail.com