Menangguh Haid

E-mail Print PDF

Tangguh Haid untuk Haji dan Umrah

Bolehkah kedatangan haid ditangguhkan untuk tujuan ibadat?

Kedatangan haid memang boleh ditangguhkan. Kini ramai wanita yang di dalam lingkungan umur subur menunaikan fardhu Haji atau Umrah di tanah suci Mekah. Oleh itu mereka perlu menentukan yang kedatangan haid boleh ditangguhkan atau ditahan untuk selama waktu wanita itu berada di tanah suci. Terdapat beberapa cara untuk menangguhkan keadaan ini yang semuanya menggunakan ubat hormon. Pil hormon yang mengandungi ‘Norethisterone’ yang dipasarkan dengan berbagai jenama saperti ‘Primolut N’, ‘Norculut’ dan lain-lain adalah yang paling sesuai sekali untuk tujuan ini. Walaupun demikian ada pil hormon lain seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama.

Bagaimanakah cara menggunakannya?

Aturan makan pil ‘ Norculut’ ialah sebiji pil dimakan tiga kali sehari dan dimulakan sekurang-kurang lima hari sebelum berangkat ke Mekah.

Pil ini perlu dimakan terus-menerus tanpa henti sehingga pulang ke tanah air. Jika terlupa makan ia akan menyebabkan pendarahan. Jika anda masih mengalami masalah pendarahan, jumlah pil boleh ditambah kepada empat hingga enam biji sehari. Jika masih berdarah, eloklah wanita tersebut berjumpa doktor di Mekah.

Pil hormon yang saya nyatakan itu sebelum dimakan perlulah mendapat pemeriksaan doktor untuk mengesan sebarang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain lain.

Pil hormon ini merbahaya jika wanita tersebut mengalami penyakit-penyakit uatama ini.

Jika anda diberikan pil perancang, tentukan pil itu hanya mengandungi 21 biji pil sahaja dan bukannya 28 kerana tujuh pil yang terakhir hanya mengandungi pil vitamin. Pil ini perlu diambil setiap hari sebaiknya sebulan sebelum bertolak ke tanah suci Mekah sehingga tamat ibadah Haji dan berhenti sebaik sahaja sampai ke rumah. Jika berlaku perdarahan sedikit di tanah suci saya nasihatkan memakan dua biji pil untuk selama tujuh hari dan seterusnya dikurangkan kepada sebiji sehari. Jika masih berlaku pendarahan, wanita tersebut perlulah berjumpa doktor di klinik Tabung Haji.

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 11:39 )  

Login Ahli

Who's Online

We have 9 guests and 0 members online

    Statistik

    Total Members : 9641
    Latest Member : ILLINOBAL
    Today : 10 Registers
    This Week : 101 Registers
    This Month : 312 Registers
    mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
    mod_vvisit_counterToday4038
    mod_vvisit_counterYesterday29561
    mod_vvisit_counterThis week4038
    mod_vvisit_counterLast week184779
    mod_vvisit_counterThis month327247
    mod_vvisit_counterLast month199375
    mod_vvisit_counterAll days6221254

    Your IP: 38.107.191.87
     , 
    Today: Mar 21, 2010

    Lokasi Kami


    View Business Listing in a larger map

    Hubungi Kami

         Klinik Dr. Hamid Arshat
         75M Medan Setia Satu,
         Plaza Damansara, Bukit Damansara,
         50490 Kuala Lumpur,
         Malaysia

    Telefon temujanji:

    • 603 - 2094 5800
    • 603 - 2094 5262
    • 603 - 2094 1115
    Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com
    • nysfh13@hotmail.com