Keguguran

E-mail Print PDF
Soalan

 

Saya berumur 28 tahun,mempunyai anak yang berumur 5 tahun dan 3 tahun. Baru-baru ini saya keguguran ketika usia kandungan saya 3 bulan. Doktor yang merawat saya menyatakan jenis keguguran itu sebagai "miss abortion" boleh doktor terangkan apakah itu miss abortion dan saya bercadang untuk mengandung lagi. Perlukah saya berehat dahulu beberapa bulan sebelum saya boleh kembali hamil.

Jawapan

Tentang missed-abortion ini adalah satu jenis keguguran yang berlaku secara spontan. Biasanya keguguran mungkin disebabkan oleh baka atau kromosom yang agak luar biasa pada janin. Oleh itu ia tidak boleh membesar dan berkembang seperti biasa. Mungkin juga ia disebabkan oleh lain faktor seperti kurang hormon atau jangkitan kuman yang terus merosakkan janin. Walau demikian kebanyakan daripada keguguran ini tidak tahu apa puncanya.

Missed abortion atau miscarriage ialah satu rangkai kata yang bererti bahawa keguguran ini berlaku secara spontan dan kehamilan tidak boleh diteruskan, serta rahim perlu dicuci (D&C) untuk membersihkan dari tisu dan darah dalam kandungan. Kebanyakan wanita akan mengalami satu atau dua kali keguguran dalam hidup mereka dan ini jarang menjejaskan kesuburan mereka di masa hadapan. Tetapi jika ia berulangkali berlaku dan berturut-turut tiga kali atau lebih, ini merupakan satu masalah yang perlu disiasat dengan lebih lanjut lagi bagi mengesan apa puncanya dan rawatan sewajar perlu diberikan.

Bagi puan eloklah rehat selama tiga bulan dan dalam masa tiga bulan ini makan makanan yang baik, berkhasiat dan seimbang, tenangkan fikiran, banyakkan ibadah dan berdoa kepada Allah, makan multivitamin dan Folik Asid secara terus menerus untuk mencegah daripada kecacatan janin dan jangan lupa setiap malam sebelum tidur bacalah surah Al-Fatehah dan ayat Al-Qursi dan membaca doa sebelum melakukan persetubuhan. Apabila mengandung di peringkat awal jumpalah dengan doktor pakar bidan untuk mendapatkan rawatan sokongan untuk mencegah berlakunya keguguran yang berulangkali.

Last Updated ( Tuesday, 21 November 2006 14:45 )  

Iklan

mysetbersalin

Bellaposhbowtique.com

 Mangkuk Tingkat

Kedai Buku Online

Login Ahli

Who's Online

We have 26 guests and 2 members online

Statistik

Total Members : 12014
Latest Member : whyda
Today : 8 Registers
This Week : 70 Registers
This Month : 44 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4746
mod_vvisit_counterYesterday5953
mod_vvisit_counterThis week34588
mod_vvisit_counterLast week45356
mod_vvisit_counterThis month16739
mod_vvisit_counterLast month158501
mod_vvisit_counterAll days7978639

Your IP: 38.107.191.102
 , 
Today: Sep 03, 2010

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
E-mail:
  • hamidarshat@hotmail.com