Persediaan Hamil
Kehamilan
dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi
proses ini baka dan zuriat ummah dapat diteruskan dan dikembangkan. Setiap pasangan kelamin yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan
tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir.
Kehamilan
dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan atau kerumitan tetapi
jika tidak dijaga dengan rapi, ia boleh juga mengganggu kesihatan dan mengancam
nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Kehamilan
tidak boleh dibiarkan berlaku mengikut tabii manusia. Ia mestilah disusun dan
dirancang supaya lahir zuriat yang sihat dan sejahtera di segi jasmani, rohani
dan mental. Dengan itu anak-anak yang dilahirkan dapat mencapai kejayaan dunia
dan akhirat. Untuk memenuhi hasrat itu, pasangan suami isteri perlulah membuat
beberapa persiapan sebelum bercadang mempunyai cahaya mata.
Umur
Yang Sesuai
Umur
yang paling wajar untuk kehamilan dan kelahiran ialah antara 20 hingga 35 tahun.
Risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan meningkat sedikit di luar lingkungan
umur itu, tetapi ini bukan bermakna wanita tersebut tidak boleh hamil langsung;
hanya mereka memerlukan penjagaan yang lebih dari doktor.
Kesihatan
Yang Baik
Sebaiknya,
setiap ibu yang ingin hamil patut mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
Tentukan dia tidak menghidap penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung
atau buah pinggang.
Pemeriksaan
Darah
Pemeriksaan
darah juga penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana
ia juga boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah ini juga dilakukan
untuk mengesan pelalian demam rubella atau german measles. Jika sudah mendapat
pelalian, wanita itu terselamat dari gejala kecacatan bayi jika dia mengalami
demam rubella. Jiak belum., adalah lebih baik wanita berkenaan mendapatkan suntikan
pelalian dengan segera. Penaykit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan
boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan bayi termasuk jantung berlubang,
pekak dan bisu.
Taraf
Pemakanan Yang Baik
Sebelum
kehamilan dimulakan, tentukan taraf pemakanan ibu memuaskan. Ini boleh diukur
di segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Kekurangan darah atu anemia
ketika hamil adalah membahayakan nyawa ibu. Paras hemoglobin yang wajar ialah
antara 10 hingga 14 gm peratus. Ujia darah boleh dilakukan oleh klinik ibu dan
anak.
Jika berlaku masalah kurang darah, rawatan sewajarnya perlu dilakukan.
Sebelum ini eloklah dibuat siasatan mengapa wanita itu mengalami masalah kurang
darah. Biasanya saya dapati punca utama ialah makanan tidak seimbang, zat logam
besi dan juga zat protein yang tidak mencukupi. Ini kerap berlaku di kalangan
wanita luar bandar yang kerap juga menghidap penyakit cacing dan demam malaria.
Kedua-dua jenis penyakit ini akan mengurangkan lagi paras darah.
Keadaan
kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap
berlaku. Kekurangan darah juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.
Ujian
Darah Untuk Mengesan Penyakit Berjangkit
Beberapa
jenis penyakit berjangkit seperti sifilis, demam ruam yang disebabkan oleh kuman
rubella, atau toxoplasmosis boleh mengganggu dan menyebabkan beberapa
masalah seperti kecacatan bayi. Misalnya seorang wanita yang didapati menghidap
penyakit sifilis dan jika tidak dirawat, maka besar kemungkinan penyakit sifilis
akan mengganggu janin dan boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keguguran,
kematian bayi dalam rahim atau kelahiran bayi cacat.
Ujian
yang dilakukan untuk mengesan penyakit sifilis ialah ujian VDRL dan beberapa
ujian lain yang lebih khusus. Ini juga boleh dilakukan di kebanyakan klinik
kerajaan ibu mengandung ataupun klinik swasta.
Wanita
yang ingin mengandung khususnya kandungan sulung elok juga menjalani ujian menentukan
sama ada dia telah menjalani pelalian terhadap penyakit demam ruam itu. Jika
belum, sebaiknya dapatkan segera suntikan itu supaya ia dapat melindungi kandungan
daripada menjadi cacat. Wanita yang belum menerima pelalian rubella, sekiranya
diserang penyakit tersebut khususnya di peringkat awal kandungan, berkemungkinan
besar janin akan cacat.
Antara
kecacatan yang akan dialami oleh janin ialah kecacatan anggota seperti jantung
berlubang serta pekak atau bisu. Suntikan untuk melalikan kuman rubella boleh
didapati di klinik swasta. Kementerian Kesihatan telah mula memberi pelalian
ini kepada anak perempuan di peringkat persekolahan iaitu Tingkatan Tiga dan
Tingkatan Lima pada tahun 1988.
Kumpulan
Darah
Penting
juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan
darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak
mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka
dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika
dia mengandung.
Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah.
Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita
India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina.
Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang
wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini
akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran,
bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta
berpenyakit kuning.
Persediaan
Mental Dan Rohaniah
Selain
daripada persediaan jasmaniah yang saya nyatakan di atas, persediaan mental
juga penting. Tentukan setiap kehamilan itu benar-benar dikehendaki, bukan berlaku
secara kebetulan. Tentukan kehamilan dirancang dan kedatangan bayi dinantikan.
Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih
saying antara ibu dan bayi. Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan
mental dan akhlak bayi itu dalam jangka panjang.
Seseorang
ibu yang menempuhi kehamilan dan kelahiran patut mendapat sedikit pengetahuan
mengenai proses tersebut. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan
sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mentalnya. Tekanan ini pula menyebabkan
beberapa masalah emosi dan psikologi.
Ada
wanita mengalami masalah kemurungan yang teruk sekali selepas melahirkan anak.
Wanita ini akan mengalami tekanan jiwa menyebabkan dia dalam keadaan yang digelar
pueperal psychosis. Jika keadaan ini sangat terus ada wanita yang sampai ke
tahap henak membunuh diri.
Oleh
itu, persediaan mental dan emosi juga perlu disiapkan. Dalam hal ini suami memainkan
peranan yang amat penting. Ibu bapa dari pihak isteri dan suami serta saudara-mara
perlulah memberi sokongan moral kepadanya.
Antara punca tekanan jiwa dan emosi ialah akibat beban mengandung dan
menaungi anak selama sembilan bulan sepuluh hari dalam kandungannya itu. Di
peringkat awal wanita tersebut mengalami masalah seperti loya dan muntah, kadang-kadang
sukar hendak tidur malam. Ada antara mereka yang perlu bekerja di pejabat dan
masih juga membuat kerja rumah.
Ini boleh membebankan fizikal dan juga mentalnya. Ada juga suami yang
tidak memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya ketika isteri dalam keadaan
sarat. Wanita juga perlu diberitahu mengenai kesakitan waktu kelahiran anak
dan diajar cara mengatasi atau mengurangkan kesakitan. Ada sesetengah wanita
mengalami kesakitan yang amat terus dan berpanjangan pula dan ini mempunyai
kesan psikolgi yang agak berat.
Selepas
melahirkan anak beban emosi timbul apabila dia perlu menjaga anak dan bangun
malam menukar lampin dan menyusukan bayi. Ini juga akan menekan jiwa seseorang
wanita. Dalam hal ini ada baiknya suami turut membantu isteri dengan bergilir-gilir
menjaga anak.
Untuk
menstabilkan jiwa dan emosi, penting bagi ibu tersebut menguatkan iman dan pegangannya
kepada Allah dengan banyak menunaikan sembahyang, berzikir khususnya di waktu-waktu
genting seperti ketika sakit bersalin. Keimanan, berzikir dan bertasbih, insya-Allah
akan dapat mengurangkan tekanan dan bebanan yang sedang dialami oleh wanita
yang hamil itu.
Last Updated ( Thursday, 22 March 2007 23:29 )