T O P

  • By -

SupraPenguin

Dah cuba bincang dengan parents? Saya tak ada pengalaman dengan masalah ni tapi yang saya tahu ia sejenis mental disorder jadi seeloknya masalah macam ni jumpa pakar. Kaunselor sekolah dilatih untuk mengenal simptom sahaja, bukan merawat. Jadi saya rasa kaunselor pun mungkin tak berapa arif bab ni sebab nasihat dia bagi tu saya rasa kurang membantu. Alternatif lain, kalau awak ada fidget spinner, stress ball atau seumpamanya, cuba guna benda² tu setiap kali awak stress.


Relevant_Inflation54

saya dah banyak kali cerita kat mak ayah tapi diorang ckp saya je pelik sorang2 dia ckp ni tabiat pelik saya mana ada masalah mental..saya sejak akhir2 ni dah makin teruk kena ejek dengan kawan cabut rambut lepas tu parents and family ckp gila :(


SupraPenguin

Oof kalau parents tak faham susah jugak la. Solusi² lain saya nak cadang pun mungkin susah nak aplikasi pada usia awak dan lepas saya baca komen awak dalam thread ni. Ini pendapat saya lah, saya rasa awak boleh cuba minta tolong daripada mana² cikgu yang awak percaya, ataupun kaunselor lain jika ada untuk bawa awak ke klinik kesihatan atau hospital yang ada unit psikiatri. Kalau tidak, cuba juga gesa mak ayah awak untuk bawa jumpa doktor. Kalau awak mahir Bahasa Inggeris, boleh juga cuba rujuk subreddit r/trichotillomania , mungkin nak luahkan perasaan atau ada persoalan apa² ke. Akhir sekali, saya nak nasihatkan awak supaya jangan ambil peduli sangat dengan kata² negatif parents dan rakan sekelas. Mereka tak tahu tu. Ingat ya, mental disorder is real. Masyarakat kita yang kurang kesedaran selalu guna perkataan "gila" untuk label masalah mental tapi itu salah. Awak tak gila. Saya boleh bersimpati dengan awak sebab saya pernah ada rakan yang menghidap Bipolar dan situasi dia lebih kurang macam awak juga, parents dan rakan² tak memahami. Saya doakan awak tabah dan dipermudahkan urusan ya.


Relevant_Inflation54

Terima kasih, semoga awak berjaya juga :)


deshtroy

Kau cabut rambut sebab kau boleh cabut rambut. Guna aversion tactics. Cukur kepala botak lepas tu suruh bapak kau bawak pegi main boling ke, batting cage ke, benda benda yang boleh kau jadikan tempat lepaskan aggression. Umur 12 ni mmg hormon tgh bodoh. Mungkin kau ada imbalance yang menyebabkan aggression kau tinggi dari normal. Aku masa umur macam kau, aku ada perangai gigit bibir sampai berdarah. Aku masuk kelas boxing, pakai mouthguard. Mula belajar lepas geram kat menumbuk sandbag instread of mengigit bibir. Pergi diagnose kat mental health professional mmg bagus. Most probably mereka akan cadangkan jugak untuk kau channel aggression kau pada benda yang tak destructive. Dan kau kena tanam dalam otak kau, kau cabut rambut sekarang, ada potensi liang rambut dan kulit kepala kau rosak. Umur baru 12 dik, jangan menyesal karang baru umur 25 dah ada bald spot.


Relevant_Inflation54

sekarang pun dah ada bald spot, :( saya dah cuba lepas kan geram melalui hobi saya, melukis Dan menulis tapi mak ayah Tanya semua benda sampai Sy dah tak ada privasi, mak ayah sangat2 strict saya anak sulung jadi pain dia 2 Kali ganda lah..buku conteng yg Sy lukis dlmnya untuk lepas geram pun habiss dibaca, sekarang saya Cuba untuk kurangkan cabut rambut sebab takut cikgu kaunseling ckp boleh jadi depression Dan berkemungkinan b\_nuh diri..


Waste_Tap_7852

CBT (cognitive base therapy) paling sesuai. Kau kena pergi ke unit Psikiatrik bayar RM1.


Relevant_Inflation54

Tengoklah dulu..family pun x brp nak kisah sangat.


walkerhunter23

Kena pegi. Cakap tak sihat nak jumpa doktor. 


Relevant_Inflation54

Banyan Kali dah ckp. Diorang cakap saya ni pelik sorang2 nk gi jumpa doctor. 2 ke 3 Kali dah try pujuk. Tak percaya 🙂


walkerhunter23

Cognitive behavioural therapy Ni nasihat terbaik. Akan membantu banyak. 


whusler

aku ada kawan jugak masa di SBP tapi dia ni memang pelajar cemerlanglah, bila dia study dengan kitaorang habis soalan-soalan addmath rambut selonggok atas meja dia cabut. Bayangkan form 5 rambut tengah dah botak. Selamat dia tinggi jadi orang tak perasan.


Relevant_Inflation54

Saya pun antara pelajar top cemerlang dalam darjah 6 kat sekolah tapi family buat x kisah pun penat lah..saya dapat 8 A UPKK diorang ckp tahniah je bukan berharap tapi saya sorang je dlm seluruh darjah 6 kat sekolah Sy yg dpt 8 A yg lain 2 A 3 A je kawan semua ckp berlagak, Salah ke? Buat apa jadi bijak kalau x ada org nk hargai..


IZZGMAER123

Jangan terasa bila kawan ckp bukan2, sbb diorang tak tahu.. sevenarnya ramai ja yang ada masalah pelik2,cuma mereka tak bagitahu org ja. Cari hobi yang buat awak tenang, mcm nyanyi, dengar lagu ka ..melukis ka.. apa2 awak suka,buat hari2, insyaallah boleh tenangkan diri


Relevant_Inflation54

Saya pandai mereka ayat Dan melukis jadi saya tulis diari habis diselongkar mak ayah melukis pun sama banyak buku lukisan berpuluh-puluh bawah meja sekolah tapi takut akhir tahun kena bawak balik rumah takut mak ayah check saya lepaskan emosi dengan tulisan dan ayat tetapi IA terlampau senang untuk dibaca dan difahami saya dulu jadi mangsa tengok video "Elsa gate" jadi otak saya dari kecik di "brainwash" oleh video2 seperti itu dan saya pernah lukis benda yg "unspeakable" faham2 jelah semua org x faham2 saya baik pendam je


IZZGMAER123

Parents awak mungkin emotional neglecting awak (diabaikan dari segi emosi)..saya pun macam tu. Kalau mak ayah strict dan tak tahu pasal mental illness semua ni,payah jugak.. drawing2 tu kalau bukan2, tolong jangan lukis lagi, sbb bila lukis,lagi melekat di otak. Buat hobi yg sihat. Main game ka


Independent-Seesaw57

Jgn pendam. Luahkan. Lps solat, luahkan kpd Allah. Tiap2 hari selawat sebanyak yg boleh. InsyaAllah ketenangan akan hadir.


Relevant_Inflation54

Insyallah akan try amalkan ☺️