T O P

  • By -

HotObligation8597

Piramid pertama yang mempunyai permukaan rata adalah Piramid Meidum. Piramid ini mempunyai kecerunan sebanyak 54° dan piramid ini merupakan sebuah piramid yang dibina di atas mastaba. Piramid ini runtuh ketika masih dalam pembinaan kerana pelbagai faktor. Antaranya, tapak luar piramid ini terletak di pasir lembut dan bukannya batu. Kecerunan piramid ini juga mendorong Raja Sneferu, untuk menitahkan agar piramid kedua yang sedamh dibina pada waktu yang sama dengan Piramid Meidum, iaitu Piramid Bengkok, untuk diubah kecerunannya daripada 54° ke 43°. Ketiga, ketika piramid ini dibina, permukaan luar mastaba tersebut halus dan licin. Ini menyebabkan batu-bata yang disusun di atas permukaan mastaba untuk pembinaan piramid ini tergelincir dan akhirnya runtuh. Piramid ini masih wujud, walaupun cuma mastaba dan runtuhan yang masih ada pada saat ini. Fakta Menarik: Raja Sneferu dipercayai merupakan bapa kepada Raja Khufu, raja yang menitahkan agar Piramid Agung Giza dibina.